Thursday, August 19, 2010

Biro Pengaduan Awam


Jawatankuasa Bertindak PD Night Market
Peniaga-Peniaga PD Night Market, Pantai Saujana Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tel: 019-554 4780
No. 13, Jalan Bayu, Taman Bayu Batu 8, Telok Kemang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tarikh: 30 Jun 2010

Biro Pengaduan Awam
Pejabat Negeri Melaka Dan Negeri Sembilan
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 3, Bangunan Bank Rakyat,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.

Tuan,

Merujuk Kepada Maklumbalas Kes 62901 Ruj. Tuan: CWG/MN/025/2010.06/MARA/62901 (6)

          Saya Encik Zahari Bin Zakaria mewakili Peniaga-Peniaga PD Night Pantai Saujana Batu 4 berbesar hati menerima maklumbalas daripada pihak tuan. Setelah mengadakan perbincangan dikalangan para peniaga kami ingin menjawab berkenaan kronologi kes aduan tersebut:

          2. Berikut adalah maklumbalas dari kami mengenai perkara tersebut berdasarkan perenggan yang digunakan oleh pihak tuan:

2.1     Untuk makluman, PD Night Market mula beroperasi pada 01 Mei 2007 dan bukannya pada tahun 2008. Pembukaan PD Night Market adalah tercetusnya idea dan direalisasikan diantara Mantan YB Tuan Mohd Faizal Bin Ramli selaku ADUN Bagan Pinang, Pegawai MARA Daerah, Encik Eizlan dan Persatuan D’Mara Batu 4, Port Dickson. Pada mulanya, pihak persatuan hanya membuka tapak dikalangan ahli mereka tetapi tidak mendapat sambutan. Berikutan itu, persatuan telah membuka kepada peniaga yang berminat untuk mengisi program yang dianjurkan oleh pihak persatuan dengan syarat perjanjian dan kadar sewaan seperti berikut:

Thursday, April 1, 2010

Kronologi Jawatankuasa Bertindak

Anjuran

Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS)


Nama Program

PD Night Market, Batu 4, Pantai Saujana
(Lebih popular dengan nama Uptown PD)


Lokasi

Dikawasan pejalan kaki di depan Arked Mara Batu 4,
Jalan Pantai, Port Dickson


Idea Dan Konsep
Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS)

Disokong oleh: Mantan YB Faizal Bin Ramli
(Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Penggal 2004-2008)

Dibawah naungan: En. Ahmad Izlan Bin Idris
(Pegawai MARA Port Dickson)


Tarikh Mula Operasi

01 Mei 2007

Jumlah tapak permulaan: 20 Peniaga

Deposit Sewa: RM 300.00 / Sewa Bulanan: RM 250.00


Masa Beroperasi
Selasa – Jumaat : 04:00 petang – 12:00 malam
Sabtu & Ahad : 08:00 pagi – 12:00 malam
Cuti Umum & Cuti Sekolah : 08:00 pagi – 12:00 malam



Perkembangan

Peniaga semakin bertambah sehingga pada satu ketika mencapai 65 tapak (Fasa 1 dan Fasa 2) perniagaan yang memberi pulangan sewa sehingga RM 19,500.00 sebulan. Kadar sewa telah dinaikkan bermula Mac 2009 dan permohonan yang sangat tinggi untuk menyewa tapak perniagaan dari penduduk tempatan.

Apabila tapak Fasa 2 diambilalih oleh penganjur Ekspo (iaitu tapak bersebelahan Bangunan Mara Batu 4) peniaga yang dikekalkan ialah sebanyak 41 tapak (Jumlah Kutipan Sewa: RM 12,300.00).

Peniaga selebihnya terpaksa akur untuk menyertai pihak Ekspo yang dikendalikan oleh orang perseorangan yang berasaskan keuntungan dengan kadar sewa sebanyak RM 1,000.00 sebulan. Ianya melebihi 3 kali ganda dari sewa hanya RM 300.00 sebulan anjuran Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson iaitu Tuan Abdul Wahab Bin Shamsudin turut turun padang apabila dijemput oleh Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS) melalui program persatuan dan ianya menampakkan sokongan yang amat positif dengan memberikan alternatif kepada persatuan untuk meneruskan program tersebut mengikut ketetapan peraturan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson.

Melalui perbincangan dengan pihak Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS), pihak persatuan telah memberi kelonggaran untuk meninggalkan khemah dan barangan meniaga yang semakin banyak dan cuti yang diberi hanya pada hari Isnin, manakala hari selebihnya iaitu dari Selasa hingga Ahad dibenarkan meniaga bermula pada September 2009.


Tarikan Pelancong

Pengunjung dari dalam dan luar Port Dickson semakin mengenali PD Night Market Batu 4 termasuk pelancong dari negara luar seperti USA, Yaman, UAE, Taiwan, China, Jepun, United Kingdom dan banyak lagi berdasarkan maklumbalas dari peniaga.

Para peniaga sendiri mempunyai pelanggan tetap yang sering singgah apabila berkunjung ke Port Dickson, termasuk kakitangan kerajaan dan swasta yang berkursus di Port Dickson. Ada dikalangan pelanggan yang membuat promosi “mulut ke mulut” kepada rakan-rakan dan saudara mara dan menarik lebih ramai pengunjung ke Port Dickson.



Hotel-hotel turut mengiktiraf PD Night Market Batu 4 dan turut mempromosikannya kepada pelanggan mereka sebagai salah satu tempat untuk membeli-belah.


Masalah
Masalah bermula apabila tanah MARA yang bersebelahan dengan Bangunan MARA Batu 4 dimenangi oleh promoter Ekspo apabila tender dibuka.

Urusan tender dan semua aktiviti berkaitan tidak diketahui secara jelas oleh para peniaga kerana ianya di uruskan oleh pihak Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS).

Notis pertama diterima pada 30 Disember 2009 dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson meminta perpindahan peniaga ke tanah MARA (tapak ekspo) berjaya ditangguhkan apabila Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson iaitu Tuan Wahab Bin Shamsudin bersetuju untuk menangguhkan dari 31 Disember 2009 sehingga 31 Mac 2010.

Pada 15 Disember 2010, buat pertama kalinya, para peniaga telah berjaya mengadakan mesyuarat dengan kehadiran 100 peratus untuk membincangkan masalah perpindahan dan para peniaga akhirnya mengambil keputusan untuk menubuhkan “Jawatankuasa Bertindak” untuk membantu pihak Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS) menyelesaikan masalah berkaitan.

“Jawatankuasa Bertindak” mula menjalankan rayuan, mendapatkan sokongan dan sedia berbincang dengan pihak yang terbabit asalkan para peniaga dapat berniaga dengan cara dan ketetapan yang diminta oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson termasuk memohon lesen dan pada masa yang sama pihak Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS) mula mengambil sikap lepas tangan apabila isu berkaitan diajukan.


Aktiviti & Cadangan Jawatankuasa Bertindak
· 04 Januari 2010 : Membuat rayuan penangguhan perpindahan peniaga ke tanah MARA (tapak ekspo)
· Meminta sokongan daripada YB Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Datuk Seri Utama Tan Sri Isa Dato Abdul Samad.



· Mengikut kehendak Majlis Perbandaran Port Dickson asalkan para
peniaga terus dapat beroperasi.
· Mencadangkan tapak parking yang baru disebelah kanan jalan berhadapan dengan tapak ekspo
· Berpindah ke tanah MARA (tapak ekspo) apabila tender berakhir pada bulan Mac 2010.
· 7 Januari 2010 :
Perjumpaan dengan Dato Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa dan Dato Seri bersetuju untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak Majlis Perbandaran Port Dickson.
· 08 Januari 2010:
Perjumpaan dengan Pegawai Mara Daerah Port Dickson dengan Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS) telah memasuki tender dengan harga RM 3,700.00 sebulan.
· 18 Febuari 2010:
Keputusan tender telah dikeluarkan dan Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS) gagal memenanginya.
· 23 Febuari 2010:
Perjumpaan dengan Dato Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi MARA Malaysia dan beliau telah menangguhkan keputusan tender sehingga beliau berhubung dengan Pengarah Mara Negeri.
· 24 Febuari 2010:
Perjumpaan dengan Pengarah MARA Negeri bersama Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS) dan isu ini akan dibawa ke pihak Majlis Perbandaran Port Dickson.
· 03 Mac 2010:
Perjumpaan dengan Pengarah MARA Negeri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson dan Persatuan D’Mara Pantai Saujana (PUDPS) ditangguhkan atas urusan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson.
· 18 Mac 2010:
Perjumpaan kali ke-2 juga gagal kerana persiapan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson menyambut Tuanku Mukhriz, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
· 26 Mac 2010:
Perjumpaan kali ke-3 dilakukan tanpa melibatkan MARA Negeri (kerana hal yang tidak dapat dielakkan) dan permohonan rayuan akhirnya ditolak oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson.
· 28 Mac 2010:
Penerangan dengan Mohd Shukri Bin Samsudin, Setiausaha Khas


/ Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan
“Memo Mohon Tangguh” dikeluarkan dari Pejabat Menteri Besar.
· 31 Mac 2010:
Perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan beliau meminta masa untuk merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneliti masalah ini, berikutan tidak mengetahui
permasalahan yang timbul.

· 31 Mac 2010:
Perjumpaan media dengan Sinar Harian dan Berita Harian untuk memperjelaskan situasi sebenar berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian 31 Mac 2010 bertajuk “Roboh Premis Jika Ingkar Arahan”.

Bersambung...

Peniaga Rayu Tangguh Roboh Kedai

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 01 April 2010 bertajuk Peniaga Rayu Tangguh Roboh Kedai. Rayuan dan penjelasan peniaga dengan wartawan Sinar Harian berkenaan isu Notis Keluar Khemah bertarikh 31 Mac 2010.

Tuesday, March 30, 2010

Memo YAB Menteri Besar Negeri Sembilan


Penangguhan operasi meroboh 41 tapak gerai PD Night Market Batu 4, Pantai Saujana, Port Dickson sehingga mendapat keputusan penyelesaian masalah tersebut. Memo telah diedar kepada semua peniaga dan Tuan Abdul Wahab Bin Shamsuddin, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Port Dickson